ini kali pertama aku menyentuh roh

>> Tuesday, December 9, 2008

Aku meraba-raba
Tercari sesuatu yang aku sendiri tak pasti

Aku ingin menyanyi melagukan lirik-lirik tanpa sepi
Aku ingin menari menarikan melodi-melodi emosi
Seperti liuk-liuk lalang ditampar angin
Seperti batu-batu karang di laut yang paling dalam

Aku ingin seperti hijaunya daun, luasnya bumi
Terbentang memuntahkan segala isi

Ribut itu aku rindu
Amukan itu aku mahu
Bilakah ianya datang membawa bising?
Kejut aku kalau-kalau ia datang
Harap membawa hirup-pikuk tapi jangan terlalu bising
Takut-takut tak mampu telinga menangkap
Risau-risau habis bising, sunyi menghuni
Tetap saja aku sendiri

Terjinjit aku cuba mencapai tapi tak dapat
Bukan tinggi cuma tak pasti
Ada orang teriak,
Cukup untuk mendengar tapi tak cukup untuk difaham
Ahh.. jangan-jangan ianya hantu?
Membawa-bawa berita-berita takut
Terbawa-bawa takut-takut?

Kenapa langit sukar di sentuh?
Mengapa rumput selalu dapat dienjak?
Bukankah keduanya tetap saja dibumi?
Bukankah keduanya selalu ditangkap mata?
Mungkin juga bohong-bohong membuat cerita tentang keduanya
Tak perlu bertanya pada si bisu tentang itu
Tak perlu menyapa si pekak tentang keduanya
Jawapannya tetap saja sama
Bahwa keduanya tetap saja disitu
Bezanya beranikah?

Soal-menyoal itu selalu
Terkadang jumpa selalu hilang
Dan selalu juga disumbat soal
Ke utara ke selatan apa yang kau dapat?
Soal dijawab soal, kemudian dimana jawapan?
Jinjing dibahu badan tak mampu
Campak jauh ia tak mahu
Habis bagaimana?
Mahu bakar tak terbakar,
Koyak ia tercantum semula
Cuma cantum nampak bekasnya

Tangan-tangan kudung itu habis dimakan anjing
Kalau sudah tiada tangan, bagaimana aku mahu menggenggam?

Kata-kata tercakap tanpa bunyi
Sebagai pendosa tak layak mengungkap pahala
Walau dalamnya dikais
Hanyir itu saja yang terjumpa
Seluas mana dicari
Parut-parut bersilang ternampak

Pagi itu tidak seperti pagi
Senja itu tidak seperti senja

Daya itu terikat utuh
Hancurkan ia, bukan aku
Kerna ini kali pertama aku menyentuh roh
Ini kali pertama aku menyentuh roh

Read more...

Aku menanti kau

Ya, aku sedang menanti kau jatuh dari langit, terus berdiri dihadapanku sambil menagih chenta dariku

Aku harap kau menderhaka kata-kata tuhan dan harap kau dicampak dari syurga kebumi..

Aku harap kau akan meninggalkan kehidupan indah kau disyurga dan bersama memacu keindahan bumi

Bersama aku..

Aku harap kau buta, buta untuk memandang selain aku

Dan aku berharap kau bisu untuk berkata indah kepada selain aku..

Ruang kosong itu perlu diisi..

Kekosongan itu harus saja dipenuhi..

Aku perlukan seseorang untuk sekali lagi bersama mendefinisi chenta..

Definisi chenta lalu tidak lagi valid.. ianya menyimpang jauh dari maknanya, tersasar jauh dari ertinya..

Aku perlu lakukan rekonstruksi secara total. Proses dekonstruksi lepas tidak perlu diulang tayang. Ianya membodohkan. Ianya mendungukan.

Dimana Haitian itu? Mengapa ingatan-ingatan itu masih lagi melekat dan tidak tertanggal?

Aku perlukan bunga, aku perlukan haruman.

Bukan bunga yang ditepi jalan, bukan haruman dari neraka

Aku mahukan bunga diatas kepala, haruman dari syurga

Aku perlukan bidadari langit yang datang membawa berita gembira tentang kedatangannya.

Aku perlukan momentum itu, aku perlukan vibrasi itu. Aku perlukan getaran itu.

Mana pergi? Mana hilang?

Bukankah sebelum ini ianya sentiasa datang apabila satu telah pergi? Bukankah ianya sentiasa menunggu apabila yang lepas hilang?

Aku percaya ianya akan datang, namun percubaan beberapa kali tetap saja gagal. Bukan berputus asa, cuma ianya gagal mengetuk-ngetuk dan menjengah kepala. Mungkin hanya memandang dari jauh tak berani untuk masuk?

Aku inginkan sejuk menemui panas. Aku ingin langit bertemu bumi. Aku ingin air bertemu api. Aku ingin malam bergabung siang.

Aku ingin bertemu aku yang lain. Aku ingin menyapa refleksi aku. Aku ingin bermesra dengan manifestasi aku yang lain. Aku ingin mencium takdir, membelai hari esok, meludah hari semalam.

Jalan-jalan ini tidak mungkin aku lalui sendirian. Jalan-jalan dihadapan sangat panjang dan memenatkan. Ianya bersimpang siur dan tidak menampakkan jalan penamat. Aku takut kegelapan. Aku mahukan cahaya. Aku takutkan ketidakpastian dan aku perlukan kepastian.

Aku imajinasikan ianya memipin aku, membawa aku ke suatu daerah yang tanpa kesedihan, tanpa berdarah, tiada apa selain keindahan mengisi ruang-ruang visualisasiku secara realiti ataupun secara separa sedar.

Jatuhnya air langit kerna ia, terusnya pusingan bumi kerna ia, pertukaran malam dan siang itu kerna ia dan kehidupan ini adalah kerna ia.

Akan aku datang tepat dihadapan mukamu, sambil tanganku dibawa masuk kedalammu, lalu aku rentap hatimu, aku bukakan hatimu lalu aku bentuk suatu ruang yang muat-muat untuk aku duduki. Dan disana, aku akan hiasi ia seindah syurga, malah melepasi indahnya syurga ciptaan siapa pun.

Aku akan padamkan kesedihanmu, dan aku gantikan ia dengan aku.

Akan aku bawa kau mengembara diangkasa luas, menikmati gelapnya malam, memetik gugusan-gugusan bintang itu untuk dijadikan hiasan kisah kita kelak.

Akan aku gagahi merentasi neraka luas semata-mata untuk memetik secebis rahsia untukmu.

Rahsia tentang kehidupan abadi tanpa busuknya hati, tanpa sedihnya hati

Kalaupun kau jatuh, aku kelak menyeret diriku sepanjang jalan, sepanjang jauhnya sungai nil semata-mata bagi berkongsi kesakitan itu bersama kau.

Namun bila?

Bila ianya akan datang?

Datang dan terus mengisi imajinasi takdirku menjadi realiti indah?

Atau imajinasi itu terus tersangkut tanpa berdaya keluar?

Read more...

  © Blogger template Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP