mimpi adalah terjemahan tangisan realiti

>> Saturday, November 29, 2008

adakah ini hanya sebuah mimpi?

yang bakal hilang apabila aku buka mata untuk meneruskan hari?

tidak..

ianya tampak seperti sebuah mimpi.. ianya bukanlah mimpi namun ianya adalah manifestasi dari pengharapan yang musnah, hancur lebur1.

ianya tampak seperti sebuah mimpi.. ianya bukan mimpi namun ianya adalah realiti yang gagal aku kunyah dan hadam, realiti yang tak pernah mungkin pernah terlintas dalam kotak minda aku, yang tak pernah wujud dalam pengharapan aku1

chenta adalah suatu keindahan yang tak mungkin bisa terdefinisi oleh orang biasa-biasa.

ianya adalah anugerah!

anugerah yang hanya dirasai oleh orang yang menjalani keindahan itu sendiri1

kegemilangan itu pernah aku genggam

pernah1

tapi ianya hanya pernah..

tak semesti yang kau genggam bakal jadi keindahan kau selamanya

itulah realiti!

jangan kau asingkan antara realiti indah dan kenyataan tangisan. jika kau lakukan itu, kau hanya melukis kebodohan ditengah-tengah nama kau. jika kau lakukan itu, kau hanya mewujudkan kegagalan diantara ruang-ruang kosong dalam diri kau1 dan sepanjang kewujudan kau!

hadapilah ia

depanilah ia

laluilah ia

atasilah ia


dan kau bakal bangun dan meneruskan hari-hari esok tanpa kau iyakan yg ia adalah mimpi..

mimpi yang buruk!

Read more...

sunyi lalu ketawa

>> Saturday, November 15, 2008

cuba kau mendongak,
wujudkah di pemandanganmu suatu rahsia?
rahsia tanpa nama, tanpa makna..
yang menyorok di celah-celah seliratan itu?

asap-asap itu memimpin tanganku pergi,
tangga-tangga itu bersedia menunjuk jalan padaku
hijau-hijau itu mendukungku menari
menari tarian-tarian indah bersama sayap-sayap

daerah ini jarang kau jejaki,
daerah yang tanpa apa-apa,
tapi ada ada dan tak perlu kau cari,
ia datang membawa manisan-manisan indah yang tak pernah mungkin tercetak di daya angan-angan kau

bakar ia biar menyala
pusing ia agar berasap-asap
sumbat ia kedalam penghujung anatomi
lambung ia kebawah keatas dan ketepi

sunyi....

tanpa bunyi, tanpa kata..

ketawa itu pengubat duka,
maka ketawalah! KETAWALAH!!

HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAAH hah!

tunduk pada satu penjuru yang entah mana-mana,
terkadang kabur, selalunya kabur

kata-kata terpusing sebagai suatu bulatan yang akhirnya bertemu titik asal

jangan kau kata itu takdir,
ianya bukan takdir!
ianya ciptaan tuhan.
eksplorasi manusia
eksperimentasi bangsa manusia

kedamaian manusia..


sunyi.....

Read more...

aku tak mampu langkahi hitam itu

>> Sunday, November 2, 2008

hitam..

gelap itu perlu aku alamai,
sebelum terang aku nikmati
bukan terang seperti terang
namun cukup untuk aku puasi
jiwa yang kini seperti pecahan bingkisan keindahan
yang terpecah-pecah berselerak entah kemana-mana

jalan itu seperti menarik-narik tanganku pergi,
ianya bukan mudah dan sememangnya bukan indah.
namun seperti kata orang
sebelum menggenggam indah, berdarah perlu kau ubati.
ubati dengan kebodohan, mungkin!

aku terdarah, atas keindahan itu.
namun keindahan itu bukan memiliki aku malahan aku meratapi ia

aku perlu membuta mata,
aku harus meluka telinga,
agar dapat terus aku humban rindu,
habisi rindu tanpa apa-apa

tanpa apa-apa

BODOH!
itu aku, dan tak perlu kau ulangi mengisi realiti.
Biar bodoh!
Asal puas!

hahahah
puas? atau takut?
takut?
atau kau masih lagi gagal mendepani sesuatu yang menakutkan?

tolak semua ketepi,
aku kini bukan aku.
kau dulu kini bukan kau!

aku hidupi dalam keindahan kau,
kadang-kadang bersembunyi,
menyorok!
takut ia hilang.
aku tidak mahu ia hilang!
kerna tanpa ia aku yang bakal hilang

kenapa tidak saja kau datang, pecahkan segala kemungkinan?
rodok segala janji-janji?
bunuh segala rasa yang menipu?

kau bukan apa...

kehijauan itu kini dimakan kehitaman.
seperti cat-cat hitam mewarnai sebuah kanvas puteh.
namun kau usaha mewarnainya puteh kembali!

aku perlu saket!
untuk mengembalikan rasa.
membuta, memekak!
kerna tak mampu aku melihat,
kerna tidak gagah aku mendengar

tiada cara,
selain menadah kepala biar luka dihempap segala macam rasa!

Makilah aku!
Bodoh!

ketahuilah kau,
kebodohan aku sekurang-kurangnya menjadi nafas aku! (walau untuk hari ini)
penyambung nafas hari esok.

walau separuh jasadku,
walau sebelah rohku,
walau setengah aku,
telah mati!
mati direntap tanpa aku rela ia pergi.

aku perlu lalui hitam untuk merasa puteh.
bukan puteh seperti dulu,
bukan puteh seperti puteh,
namun puteh yang gagal aku sentuh.

aku tak mampu langkahi hitam itu
namun aku perlu keseberang, beranikah?

Read more...

aku bukan lagi...

berjalan aku menyendiri dibalik pohon-pohon yang tak rimbun,
berhujan tanpa ada yang meneduh.

aku bukan lagi siapa-siapa,
aku bukan lagi apa-apa,
aku bukan lagi ada-ada,
aku hilang tanpa kisah

aku menghilang

Read more...

aku

bolehkah aku
seperti aku sebelum aku?

bolehkah aku padam,
rasa aku?

perlukah aku
menolak aku?

atau aku perlu aku hapusi?
atau aku perlu aku hidupi?

aku mati,
namun aku hidup.

perlukah aku bunuh aku?
dan membiarkan aku hidup?

Read more...

  © Blogger template Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP