kesialan masa yang mungkin, atau tiada kemungkinan?

>> Wednesday, October 22, 2008

telah aku lukis
garis-garis dimana perlu kau sentuhi
warna-warna bakal kau contengi
belantara mana kau harus harungi

biar saket
sememangnya tanpa kesaketan, hidup bukan lagi kehidupan

kau mengerang,
aku?
aku tetap saja lemas dalam darah-darah aku sendiri

ahh.. mudah saja..
rentap semuanya biar lari dari jahanam ini
dari kepedulian yang tak pernah mungkin aku peduli
atau aku sendiri menyendiri takut menikus?

masa itu kecundang
masa itu pecundang
tapi masa itu juga menghentam

menghentam dari segenap sisi,
kiri, kanan atas dan bawah..

bukan aku tak menepis mengelak,
cuma aku relakan ia menembus rohku
seperti gugusan bintang menerobos bumi yang membentuk lohong-lohong besar sebesar bumi itu sendiri

akhirnya aku sekali lagi membiar masa mencetak kemungkinan
kemungkinan yang hanya mengundang masa?
atau sekali lagi masa itu suatu kesialan?

Read more...

hancuri kiamat itu

>> Monday, October 20, 2008

putarkan waktu kehadapan
pecahkan detik-detik yang menghuni suatu ketetapan yang tidak mampu diubah
Bolehkah aku berlari sambil membutakan mata?

zat-zat itu,roh-roh itu tetap saja disitu
tapi jisimnya hilang dibawa angin

wahai tuhan, tolonglah hancuri hari kiamat
dan jelmakan hari-hari pembalasan
dimana aku berada disyurga memadu bidadari-bidadari indah
sambil meminum susu-susu dari sungai-sungai menjalar

kerna aku kini dineraka
terbakar, api menjilat ke tulang yang paling dalam
sambil melihat kau disyurga
mengepalai nikmat-nikmat indah

dalam kegembiraan yang dilukis..

benarkah?

Read more...

kematian yang dipaksa

muntah segala isi,
kenapa perlu kau sumbat sedangkan aku menolak ia keluar?

kematian suatu yang pasti,
namun tidak perlu kau jolok ia tepat ke rohani nipisku,
mahu tidak mahu aku teruskan hadapi,
jika tidak hari ini, mungkin hari selepas hari ini

terbusuk!
mampukah bersembunyi dan terlepas-lari dari kebusukan?
atau perlu wangi aku curi?

aku mati dalam kematian yang dipaksakan

Read more...

bacok ia jadi mati

kenapa perlu ilusi saja yang mengisi mimpi?
sedangkan ada-ada saja tahi-tahi dilontar,
tak kena, mengelak aku..

tidak hari ini, mungkin esok lusa?

siapa dia yang kau kencing semalam?
siapa dia yang kau ludah semalam?

ahh...
aku lakukan atas perikemanusiaan..
bukan bangkai yang aku tarik-tarik, lalu mudah saja aku humban ketepi.

berlari ketepi, aku kesana tanpa mampu ku ingat..
bukan lupa malahan melupa..

tapi ia tidak akan lupa..
matahari tetap saja bersinar waktu pagi, malam tetap juga diterangi bulan.

bukan aku! bukan aku yang pijak namun keadaan..
hidup sentiasa mencetak sejarah,
adakah aku jua seperti hidup? mencetak sejarah atau mewarnainya hitam?

gantung ia agar mati,
agar menghantui tidak pernah mengekori tapak-tapak dihadapan,
serak pasir agar hilang jejak,
aku takut namun terpaksa

Read more...

sisa-sisa terkutuk

di atas robohan kota taj mahal,
dicelah-celah bucu kaca-kaca yang terderai,
diantara sisi-sisi mimpi dan realiti..

aku binakan kekuatan yang tak masuk akal..

percayalah..
wujudlah..

hadapilah

Read more...

shuhhhh aku berpuisi

Selalunya logika menemui titik absurditi

kadang-kadang logika itu sendiri suatu yang tak pernah masuk akal, mengarut!

sperti babi-babi menari meminta-minta disumbatkan arak yang tidak mungkin pernah wujud dimuka bumi ini

campak aku kesitu, biar hilang yang disini

tapi bagaimana yang disana?

ruang ini belum sempat aku nikmati, sumpah!

Warnakan tulangku biru,

butakan pemandanganku warna warni

Tolonglah aku merayu,

binakan semula apa yang musnah

hidupinya atas tapak kematian yang merusak

aku perlukan keperluan

Read more...

dunia lagi satu

Ingin aku,
Menjelajah hutan yang entah mana-mana,
Seringkali tersekat pada akar-akar kayu menjalar.

Saket,Luka,Perit,

Mengoyak-ngoyat isi kulit,
Mendobrak kuatnya semangat,
Terkoyak, tercarit,
Memaki aku dalam diam.
Seranah paling jijik kulontar tanda amarah!
Bangun lalu meludah penuh dendam.

Lalu menyanyi,
Berlagu aku tanpa lirik,
Seringkali tanpa jiwa,
Seringkali tanpa nyawa.

Bebaskan aku!
Dari tempat yang tak pernah mungkin terbebas!

Lepaskan aku!
Dari tawanan yang tak pernah mungkin terlepas!

Bunuh aku!
Dari hidup yang tak pernah mungkin terbunuh!

Ludahi jiwaku,
Rungkai seliratnya mindaku,
Agar terus terusan sesat didunia lagi satu.

Read more...

bulan

Malam itu,
Kulihat bulan bergantungan di awan,
Terpancar cahaya menyelimuti susuk tubuh,
Susuk yang lemah gemalai,
Saat kau campak separuh cinta,
Saat kewarasanmu terpisah dari rasional,
Saat air jernih mataku menyelusuri pipi.

Bulan,
Tetaplah kau menerangi malam,
Chenta,
Tetaplah kau mengisi realiti.

Sedarlah,
Sesungguhnya kau dan aku,
Menyentuh bulan yang sama.

Read more...

bintang

Kulihat bintang,
Menembusi unggulnya pancaindera..

Kugapai bintang,
merentasi logikal minda..

Kurentap bimbang,
Kau menjauh..

Kupaut,
Berpeluk susuk..

Kuresah kau menghilang,
Sepi..

Read more...

emansipasi jiwa karat

perlahan...
merangkak-rangkak aku,
untuk melepasi garisan,
untuk mencari jalan keluar,
yang sengaja dikabur gelap kelam,
agar aku terus berada dilingkaran,
bulatan yang dicanang berwarna warni,
namun sebenarnya hitam pekat menyekat,
sesak dengan bau-bau mual meloyakan,
dipaksa menjilat segala muntahan jijik si celaka,
mencuci kencing-kencing sial dari kemaluan-kemaluan bangsat,
menadah air-air mani hasil onani keparat!
jika untuk terus meneruskan keterlangsungan hidup,

belum...
aku belum ingin mati,
tapi tidak cukup berani untuk meniti,
dan akhirnya terikut tetapi tidak tersangkut,
bersama-sama menjadi,
air najis yang mengalir ke lubang tahi
yang paling jijik..

Read more...

manusia baru

Terbitkan aku menjadi manusia baru,
Tanpa segaris dosa, setitik noda,
Usah biar aku ditunjangi
Dengan unsur-unsur celaka,
Dengan busur-busur kebiadapan
Tepat mengena sasaran kehidupan.

Sekonyong-konyong datang kemanusian,
Mewarnai setiap rongga dan gumpalan otak,
Berkhalwat dengan hati, berzina dengan perasaan,
Bergelumang kemanusiaan,
Tanpa ingin meludah muntah,
Tanpa perlu merobek mencekik!

Menghidupi kehidupan misteri mistik yang hanyir,
Tanpa bait-bait puisi yang membenci,
Tanpa perlu jasad-jasad dimati,
Tanpa perlu berdarah untuk bebas!
Aku berharap mereka kau dan aku,
Terlahir sekali lagi menjadi,
Manusia baru!

Read more...

kononnya chenta agung

Bukan kelmarin, bukan kelmarin,
Tapi lama dulu,
Cerita tentang keagungan chenta berahi,

Berikan aku racun biar mati,
Asalkan kau aku selari.

Jangan!
Jangan hancurkan perasaan suci,
Yang kononnya suci,
Adakah suci?
Atau nafsu berahi?

Terjah hati menyendiri,
Berdiri sendiri aku sepi,
Mana satu perlu kudapati?
Nafsu atau chenta suci?

Read more...

moralis statis

tidak sedarkah kau,
aku tidak sesempurna malaikat,
tidak juga aku seperti bayi yang baru menjengah dunia,
yang maseh terlekat darah merah melekat,
nafsuku tidak akan mungkin dapat disekat tersekat,
matikan otak, biarkan hati terkerat,
jiwa ditampal, pandangan digelap malap,
mulut bungkam dicengkam,
urat sendi dibacok ditikam,
sesungguhnya aku bukan seorang yang mudah ditenang tenteram.

"Sial kau!"- suara suara manusia,
yang teguh memegang adat,
sang moralis kental padat,
mengikat daulat,
sentiasa menginginkan aku,
bajingan yang dilaknat,
berakhir di neraka-neraka yang menggelegak.

carutlah aku!
makilah aku!

sumbatkan aku moral-moral sampahmu!
agar aku terus sebu sebal dengan subjektif normatifmu,
dan biar aku menyelusuri berdogmatik,
dan terus berhenti berdialetik matematik,
berhenti berinsureksi,
minda dienjak-enjak dan akhirnya...
mati berpuisi sendiri... BASI!

Read more...

ini blog ayat pendek-pendek, tak faham sangat dan ianya dari dalam

beberapa puisi yang aku pernah buat

yang pernah dipublish di blog seorang rakan..

dan kini aku tiba-tiba rasa nak buat blog khas untuk puisi aku sahaja

aku suka menulis sesuatu yang kurang boleh difahami oleh orang lain

dan biar hanya aku seorang yang faham

wink (sweet kan)

Read more...

  © Blogger template Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP