padang lalang

>> Wednesday, April 6, 2011

"pimpin tangan aku"-kata dia merentap dia
berlari terus menyelinap dicelah-celah mimpi-mimpi
dan terus hilang meninggalkan bau-bau hanyir

rumput masih basah untuk aku bermain di padang lalang
air langit masih jatuh walau matahari terik memancar panas bahang
walau dukun meludah mantera sakti, cukup...berhenti lah hujan
mengait warna-warna tujuh untuk menjadi sembilan
membentuk bulat bukan melengkung
berselingkuh dengan tuhan mencipta ketidak-masuk-akal-an


tapi aku masih tetap tidak dapat bermain di padang lalang
kerana rumput masih basah

Read more...

sakhti III

>> Tuesday, March 29, 2011

alam tiba-tiba sunyi, sesunyi lolongan si bisu yang melontar hasrat, sesepi riuh-riuh hingar bingar gaduh ditelinga-telinga si pekak

ah... rupanya alam sangat misterius
menyimpan rahasia mencampak kubur di dunia tepi
maka beruntunglah siapa-siapa yang terlihat sedikit keindahan

rupanya alam sangat misterius
kenapa perlu malu memperlihat kamu?
telanjangkan diri mu, biar terlihat segala keagungan mu
mekarlah biar terlihat rahasia-rahasia yang selama ini dibungkam kuncup
persetan sama dosa pahala jika keindahan hanya layak dipandang para pendosa
adilkah bagi seorang aku yang sedang merangkak mengeja kehidupan, menyusun abjad membentuk pengalaman?

telanjanglah menampakkan ketelanjangan
bukan masih tiada yang bakal memuja kesaktian mu
kerana masih ada aku..

Read more...

self war

dialetika moral kembali ke gelanggang
bertarung melepas perluru rasionaliti, bersenapangkan konsep diri, berperisaikan moral -yang juga, tanpa tidak adalah hasil susunan konsep diri

berperang dengan spiritualiti, kepercayaan dan kehidupan langit-langit,laut-laut,bumi-bumi
bersimpati atas moral-moral keagamaan, berempati dengan ketetapan-ketetapan beragama

remuk terhenyak

siapa penghulu? siapa yang mahu?

kompromi bukan berarti ikut mati
cinta dan keinginan adalah dua entiti berbeza..

sama sekali

Read more...

sakhti II

>> Monday, March 28, 2011

ianya bertukar tangan, dari aku kepada dia

jus itu rasanya familiar dengan deria rasa lidahku
cumanya hari ini sedikit spesial, cumanya malam ini lebih spesial
berdiri diantara titik pra-realiti dan pasca-imajinasi
bingung manakah susur laluan yang mahu di lalui
menari atau berlari?
atau
menari, berlari dan merai?

ianya bertukar tangan, dari dia kepada aku

Read more...

sakhti I

latar-latar gelap -tidak terlalu gelap- mewarnai segenap pandangan
berkepul-kepul awan membentuk gumpalan, gahnya dia tergantung meludah graviti mentertawakan bumi

bunyi itu, bunyi alam
bergulung-gulung menghempas pantai, garang selayaknya pahlawan di kerajaan laut
hempas..tenang..sunyi..

kitaran ini tak pernah putus asa sampai mati

Read more...

  © Blogger template Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP