sunyi.. itu lolongan!!!

>> Tuesday, January 6, 2009

Menjerit tak terkeluar bunyi
Kesunyian itu bukan sunyi yang biasa
Membawa segala pekik lolong laungan batin
Emosi berguling-guling meronta minta dirungkai

Apa lagi yang tidak kena?
Putuskan jalur-jalur yang berselirat itu
Rangkum ia menjadi satu garisan lurus tak tercapai akal
Kerja ini tak mampu dia lakukan berseorang
Bukankah lohong-lohong itu kau yang huni?

Apa perlunya disumbat kebuntuan dengan persoalan?
Apa mungkin ianya suatu tirai fantamorgana bagi melepas diri?
Biar selepas ini kebusukan bisa dialihkan menjadi moral-moral paling kental
Lalu senang kau unjurkan jari telunjuk itu menghala ketubuhnya?

Hari ini segalanya suci
Hari ini segala hitam tampak puteh
Esok-esok bagaimana?
Terjumpa pelangi malahan satu warna menjadi tiada warna
Namanya manusia tidak akan pernah puas!

Cuba cari refleksi diri
Takkan perlu aku heret kau menghadap cermin membelai wajah?

  © Blogger template Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP