terakhir
>> Thursday, June 17, 2010
Ini bukan permasalahan biasa-biasa
Cuma ianya melibatkan roh yang tersangkut didalam sebuah jasad yang menolaknya keluar
Bukan aku mahu ianya menyatu
Cuma tak mampu aku halau ia pergi
Tak larat..
Lelah..
tidak semua ayat adalah tepat
Ini bukan permasalahan biasa-biasa
Cuma ianya melibatkan roh yang tersangkut didalam sebuah jasad yang menolaknya keluar
Bukan aku mahu ianya menyatu
Cuma tak mampu aku halau ia pergi
Tak larat..
Lelah..
Seperti ritma-ritma sunyi berdetak-detak di atas bumbung
Bunyi rintik hujan itu mengingatkan aku pada dinginnya jalan-jalan kita?
Atau ianya tak pernah kita?
Nyayian-nyanyian itu kini sunyi
Menenggelami hingar-bingar kecelaruan perasaan
Keindahan matanya tidak lagi menutupi biasanya mata
Aku kini kehilangan lagu-lagu
Aku hilang bersama-sama lagu-lagu
Tanpa melodi lirik dan apa saja
Hancurkan aku dengan segala pembohongan
Dusta itu suatu yang suci apabila ianya berjalan atas dosa-dosa
Memijak-mijak hinanya pendosa
Susuk itu hanya dicipta sebentar
Bagi menyumbat kebenaran bahawa aku masih lagi belum terbebas-lepas dari segala macam busuk hari semalam
*mengeluh
Aku penat
Lelah menanti cerahnya pagi setelah panjang malam aku redahi
ianya sedikit-sedikit..
hilang berterabur, pecah-pecah..
lalu... hilang
aku berlari-lari, cuba..
cuba menangkap cebis-cebis itu,
duduk di hujung sudut dunia,perlahan-lahan aku rangkum,biar besar..
biar menjadi besar sebesar cakerawala diantara dua dimnesi yang berselisih
gerun aku berdiri pegun diantara realiti absurditi dan kenyataan realis.
seperti menarik-narik, kadang-kadang terlepas..
selaluunya terlepas
di mana pergi hilangnya ia ia dulu,
yang pernah menjadi kertas-kertas dinding melatar diantara sedihnya sejarah dan girangnya esok hari?
yang pernah menjadi runut-runut musik sepanjang meraikan ia ia, dan ia?
walaupun sekejap..
walaupun sekejap..
aku kini tersangkut pada sebuah jalan yang sudah hujung.. sedikit hujung..
bolehkah ia diperpanjang? diperluas? diinfinitikan?
mampukah ia diperpanjang? diperluas? diinfinitikan?
masih ada.. cukup untuk bertahan mungkin?
setakat ini mungkin?
mungkin aku tak perlu ada, mungkin ini kesilapan takdir..
bukan takdir aku disini, melekat, melukut
seperti lalat-lalat yang menjengkelkan kepala?
atau nyamuk yang terngiang-ngiang di telinga?
sigh
© Blogger template Romantico by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP